Latar Belakang


Masjid Al-Muktafi Billah Shah telah dibina pada 2 Mei 1981 Masihi dan siap sepenuhnya pada 2 November 1984 Masihi
dengan menelan belanja sebanyak RM 8.2 juta.. Masjid Al-Muktafi Billah Shah telah dibina di atas tapak seluas 3.3 ekar di tepi Jalan Sultan Mahmud bersebelahan dengan Hospital Kuala Terengganu. Perletakan batu asas masjid ini telah dilakukan oleh Yang Berhormat Mulia Tengku Razaleigh Hamzah yang menjadi Menteri Kewangan ketika itu pada awal bulan Julai 1978 Masihi. Tapak Masjid Al-Muktafi Billah Shah ini pada asalnya ialah tapak dewan orang ramai dan juga tanah perkuburan Hospital Kuala Terengganu. 

Binaan


Masjid ini berkonsepkan reka bentuk moden berteraskan ciri-ciri tempatan. Reka bentuk masjid ini menyerupai masjid Timur Tengah terutama bahagian bumbungnya yang berbentuk rata.
Reka bentuk bangunan masjid ini dibuat oleh Encik Wan Shahriman dan pembinaannya dilaksanakan oleh Gabungan Pemborong Quarry Sendirian Berhad. Ukiran Awan Larat dan Khat Mimbar yang menghiasi masjid ini telah dihasilkan dan diusahakan oleh Balai Seni Ukir Wan Su, Besut.

Selain menjadi tempat ibadah yang selesa, masjid ini turut menempatkan sebuah Makam Diraja Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah, iaitu Sultan Terengganu yang ke-15. Makam tersebut terletak bersebelahan dengan mihrab masjid. Baginda telah dimakamkan pada hari Jumaat, 15 Mei 1998 Masihi bersamaan 18 Muharam 1419 Hijri. 
Masjid ini telah digunakan pada 23 November 1984 yang dimulai dengan solat Jumaat.


Masjid ini adalah merupakan salah satu masjid utama di Kuala Terengganu selepas Masjid Putih atau Masjid Zainal Abidin. Jika anda berkelah atau berehat di Pantai Batu Burok, Masjid ini adalah masjid yang terdekat. Selain dari sembahyang jemaah, masjid ini juga digunakan sebagai tempat kursus haji. 


INFO

- Hotel Terdekat : Sumai Suite Hotel, Primula Park Royal Hotel
- Tarikan Terdekat : Pantai Batu Burok, Pusat Kraftangan Terengganu, Bulatan Batu Bersurat
- Makan-Minum : Kedai Kopi Ladang,



Advertisement

0 comments:

Post a Comment

Selamat Datang ke Laman Rasmi Masjid Al-Muktafi Billah Shah, Kuala Terengganu
 
Top